25.04.2012, Rabu - Pagi tadi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berangkat ke Port Dickson untuk menghadiri majlis tahlil dan doa selamat di Pusara Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Majlis diadakan sempena ulang tahun RAMD ke-79. Keberangkatan tiba Tuanku dan rombongan disambut oleh Pengerusi RAMD Lt Jen Datul Zulkiple Kassim, Panglima 3 Division, Mej Jen Datuk Razali Ahmad dan pegawai-pegawai kanan RAMD.
Majlis tahlil dan doa selamat dipimpin oleh Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera, Brg Jen Datuk Mustafa Abdul Manaf. Kemudiannya Tuanku Abdul Halim berkenan merenjis air mawar dan menabur bunga rampai di atas pusara berkenaan. Tuanku kemudiannya menghadiri majlis sembah mengadap pahlawan RAMD dan kemudiannya santap tengahari bersama-sama mereka di Wisma Perwira RAMD.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment