27.04.2012, Jumaat - Sekarang jam 23:19hrs dan rasa mengantuk sangat dan letih. Perjalanan pergi/balik ke office dan Rawang Residence berjalan lancar. Syah sampai awal hari nie lebih kurang jam 19:05hrs kerana hari Jumaat kami balik jam 17:00hrs, hari nie Syah solat Jumaat di masjid Negara dan macam biasa makan dan ziarah Makam Pahlawan. Beginilah keadaan diluar Masjid Negara setiap kali hari Jumaat yang dipenuhi dengan gerai-gerai menjual makanan dan keperluan harian termasuk kereta pun ada. Macam uptown/pasar malam rupanya .Hehehehhehe ....... memang meriah dan pada yang tak pernah solat Jumaat disini cubalah sekali sekala tentu you wont regret. Syah solat kat sini coz nak beli Badam dan Kurma dan kebiasaanya Syah solat Jumaat di Menara TM. Lunch hari nie Mee Rebus dan Kacang Kuda. Dinner tadi buat Sup Sayur, makan roti dan kurma sumbat Badam.
Syah makan dengan badam sebab badam boleh membantu kita menurunkan kolestrol. Lagi satu masa dalam LRT tadi jumpa Ina, nurse Zarif Clinic dan dia inform kawannya nak reduce kolestrol tak makan ubat cuma makan sebijik Bawang Putih Panggang (bakar) pagi dan malam. Boleh turun katanya ............ Amacam mau cuba ..........?
Oklah semua, Dah mengantuk sangat nie, esok Syah kerja kerana ada tugasan yang perlu di settle kan................... Syah mohon Beradu (tidur) dahulu. Selamat Malam.
No comments:
Post a Comment