Friday, May 4, 2012

Datuk Seri Najib Tun Razak Anak Bugis


04.05.2012, Jumaat - Tahukan anda siapakah gerangnnya wanita ini. Beliau adalah Allahyarhamah Teh Fatimah binti Daud yang merupakan Nenda (nenek) kepada Perdana Menteri yang amat kita kasihi iaitu Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak. Jika anda perasan, Syah selalu menyebut YAB Datuk Seri Najib sebagai "Anak Bugis" dalam kebanyakan entry blog Syah kerana sebagai menghormati beliau yang mempunyai hubungan pertalian darah dari keturunan Raja-Raja Bugis. Secara ringkasnya salah silah beliau seperti berikut :-
  • Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein bin Awang Mohd Taib bin Ali.
  • Nenda YAB Datuk Seri Najib, Dato' Hussein berkahwin dengan Teh Fatimah binti Daud bin Sultan Hassanuddin.
Sultan Hasanuddin merupakan pemerintah Makassar Sulawesi pada kurun ke-17.  Sehubungan dengan itu Sultan Hasanuddin merupakan moyang kepada Allahyarham Tun Abdul Razak dan Chengkuari kepada Dato' Seri Najib.  Tentu ada diantara kita tak pernah mendengar perkataan Cengkuari sebelum ini kan?  Chengkuari adalah panggilan yang digunakan selepas moyang.

Daud bin Sultan Hassanuddin telah meninggalkan Makassar dan membawa diri ke Pekan, Pahang untuk mengelak perbalahan sesama keluarga akibat perebutan tahta.  Di Pekan beliau hidup sebagai rakyat biasa dan berkahwin dengan wanita tempatan. Hasil daripada perkahwinan ini, beliau dikurniakan seorang anak perempuan bernama Teh Fatimah.

1 comment:

rafi bonto makkio said...

kalau saya tidak keliru, berarti Tun Abdul Razak beretnis makassar, bukan bugis... setahu saya Sultan Hasanuddin beretnis makassar. Kabupaten yang beretnis makassar yaitu : Gowa, Takalar, Jeneponto, Bulukumba sebagian, Selayar,Sinjai sebagian, Maros,Pangkep... terima kasih.