Tuesday, August 9, 2011

Tengku Mahkota Pahang Melawat Tempat Kejadian dan Mangsa Tanah Runtuh Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil

Tengku Mahkota Pahang Menemui Tok Batin Telanok, Simang Gunung di Perkarangan Unit Forensik Hospital Sultanah Hajah Kalsom. Turut kelihatan Datuk SK Devamany dan Datuk Seri Liow Tiong Lai. - Gambar dari Berita Harian.


Semalam Tengku Mahkota Pahang, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenaan berangkat menziarahi kawasa kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata, Cameron Highland. Dalam kejadian pada petang Ahad 07.08.2011 itu telah meranapkan enam buah rumah serta tujuh korban. Turut serta mengiringi lawatan ini adalah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek ; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Cameron Highland, Datuk SK Devamany serta Ketua Prngarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Datuk Mohd Sani Misam.

Kampung Sungai Ruil dihuni oleh seramai 138 orang dari 96 keluarga dan merupakan antara perkampungan Orang Asli tercantik di Cameron Highland yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas termasuk asrama penempatan pelajar Orang Asli yang terletak 300meter dari jalan raya utama Cameron Hinglands. Selain kampong ini, terdpat dua lagi kawasan kesan tanah runtuh kira-kira 200 meter dari tempat kejadian. Dari tinjau yang dilakkan, tanah kawasan puncak bukit tersebut lembut dan apabila dipijak mengeluarkan air dan pokok-pokok sekitarnya tumbang.

Tengku Mahkota Pahang (TMP) mahukan supaya dijalankan kajian terhadap struktur tanah di kampong tersebut untuk memastikan ianya selamat diduduki atau tidak. TMP juga menyampaikan ucapan takziah dan rasa sedih bagi pihak Sultan Pahang atas kejadian yang menimpa kampong ini. TMP berharap agar kejadian ini dijadikan sebagai iktibar agar tidak sewenang-wenangnya membina rumah di kawasan lereng bukit.

Dalam kenyataannya, TMP memaklukan bahawa beliau tahu yang kampong ini mempunyai sejaranya tersendiri tetapi sudah tiba waktunya ia diberi wajah baru terutamanya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu akhir-akhir ini. TMP berharap agar keluarga terlibat bersabar dan menerima dugaan musibah yang tidak diduga ini. Tambah TMP, Kerajaan harus menyediakan penempatan baru kepada keluarga terbabit. TMP juga sempat melawat dan bertanya khabar mangsa-mangsa kejadian dipenempatan sementara di Dewan Serbaguna Sekolah Kebangsaan China, Brinchang. TMP juga turut berkenaan memask untuk mangsa-mangsa tanah runtuh berkenaan.

Datuk Hassan Malek memaklumkan bahawa JAKOA akan menghulurkan bantuan segera sebanyak RM2,000.00 kepada keluarga mangsa yang terkorban manakala RM1,000.00 kepada mangsa yang cedera.

1 comment:

Anonymous said...

Comment puis-je mieux protéger les droits d'auteur des histoires et des articles sur mon site web écriture? Je sais que vous pouvez insérer un symbole de copyright, mais cela peut-il protéger complètement contre quelqu'un de copier et de coller vos trucs et affirmant qu'il est le leur?.