Tuesday, August 2, 2011

2nd Day Buka Puasa wif Kak Lang Ella @ Ampang Puteri Medical Center

Kak Lang @ Ampang Puteri .......... Menanti Waktu Berbuka Puasa.

02.08.2011, Selasa - Hari nie Syah berbuka puasa dengan Kak Lang Ella di Ampang Puteri. Selepas solat Asar, Syah keluar dari office dan terus ke LRT Kampung Baru untuk tapaw kan lauk Kak Lang Ella. Syah belikan dia nasi putih, telur asin, ikan tengiri masak asam pedas dan sambal tumis udang dengan harga RM9.50. On the way ke LRT Station Syah beli kuih Akok, 3 untuk RM1.50. Sampai jer LRT Train sudah datamg dan Syah terus masuk dan rupa-rupanya tersalah train dan turun semula untuk ke Ampang Park. Sampai Ampang Park Syah ambil bas ke Ampang Point. Jalan gem giler dan sampai hampir jam 19:00hrs.

Sampai jer Ampang Point Syah beli Nasi Lemak ayam macam semalam yang dijual dalam Van Makanan dengan brand Nasi Lemak Seri Pandan dan Katering. Selepas bayar RM7.00 Syah terus gerak ke Ampang Puteri. Sampai jer Kak Lang sorang-sorang dalam bilik kerana pesakit sebelahnya Mak Cik tu dah balik. Kak Lang inform Mak Cik tu kata bill hospital dia tadi RM16,000.00. Selepas susunkan makanan diatas meja Syah rehat sekejap sambil menanti waktu berbuka puasa. Lepas buka puasa, solat maghrib dan sembang dengan Kak Lang kemudiannya solat insyak dan jam 21:00hrs Syah balik ke KL Residence dan sampai rumah jam 22:00hrs.

Kat rumahpun banyak makanan Muss beli seperti popia, roti john, tau foo fa dan air tahu. Syah panaskan bubu lambuk yang Syah bawa dari office tadi untuk Muss makan. Mus tinggalkan sedikit untuk Cd dan Cd atas tugas diluar. Alamak banyak makanlah Syah bulan puasa nie. Tak boleh jadi nie..........hehehehehhe.

No comments: