Tuesday, August 30, 2011

Solat Sunat Aidilfitri dan Kereta Pinjam Tak Tahu Nak Start

30.08.2011, Selasa - Selamat Hari Raya Aidil Fitri Kepda pembaca Tengkusyah.blogspot.com. Syah mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf jika ada entry atau tulisan Syah menyinggung hati dan perasaan anda semua. Pagi nie Syah solat Aidilfitri di Masjid Sultan Hisamudin, Sabak Bernam Selangor bersama-sama Razak, Azam, Firdaus, Haziq, Hafis, Ku Chik. Macam biasalah orang ramai dan ada juga yang last minute bayar fitrah sebelum solat bermula. Syah tak pakai baju Melayu pun cuma Syah pakai t-shirt dan jeans sahaja sebab Syah tak bawa baju melayu kerana malas nak bawa banyak baju sebab naik bas. Pagi-pagi lagi syah dah bersiap dan salam semua orang exspecially Bonda Ejon. Makan sedikit sebelum bertolak ke Masjid untuk Solat Sunat Aidilfitri.
Yang lawaknya cerita nelah.............. Azam pinjam kereta Mamat untuk pergi solat dan Syah pula ikut Razak, kami pergi dua kereta. Masa nak balik kereta tak boleh start coz kereta Mamat nie ada security card yang kena touchkan card tu dulu baru boleh start injin. Mula-mula Azam start enjin dan tak tahu nak touch atau letak kad tu kat mana. Adalah 10 minit mencuba dan kami call Kak Long dan Kak Long inform macam mana nak buat still tak boleh juga. Hehehe lawak dipagi Raya plak kan? Akhir sekali kami matikan enjin dan touch ditempat yang kami cuba-cuba tu baru boleh start. Rupanya kena matikan enjin dahulu baru touch. Ada-ada jer kan? Huhuhuhu ................

No comments: