Friday, August 12, 2011

KTM Komuter Melampau dan Buka Puasa Di Rumah Lagi

12.08.2011, Jumaat - Hari nie balik Rawang naik komuter macam nak mati rasanya maksud Syah KTM nie melampau betullah ............... ada ker gerabak tak ada air cond bagi orang naik dan tak ada pula tingkap kecemasan untuk dibuka. Sesak nafas rasanya. Bila komuter sampai, Masuk jer Syah rasa panas dan tengok orang ramai yang berhimpit dalam coach tu basah dengan peluh. Alamakkkkkkkk............ nak keluar dah masuk dan kalau keluar gak alamat lambat lagilah jawabnya sampai. Nak tak nak tahan jer lah. Keadaan nielah yang diambil kesempatan oleh KTM sebab dia tahu macam manapun perkhidmatan mereka, penumpang memang akan naik coz tak ada pilihan lain. Ya Allah........... fikirlah pasal penumpang sket bukannya kami naik free nak buat macam nie. Syah rasa pihak kerajaan harus memantau perkara-perkara seperti ini dibawah kementerian yang berkenaan supaya perkhidmatan awam yang dibanga-bangakan tu berfungsi dan bermanfaat kepada rakyat bukan cakap tak serupa bikin.
Disebabkan Syah sampai awal di Rawang, Syah buat decision nak buka puasa kat rumah dan Syah ingat hendak beli nasi goreng kampung di Syakila Corner tetapi lambat sangat sebab tukang masaknya entah kemana lalu Syah cancelled. Lepas tu syah bergesas ke Pasar Ramadhan Rawang dan beli Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah - RM5.00, Kuih Wade 3pcs - RM1.00, Popia Basah 5pcs - RM2.00, Buah Nenas dan Tembikai RM2.00 Syah beli di bastand. Tergesa-gesa Syah berjalan kerana nak kejar bas jam 17:30hrs. Masa beli buah tadi, habis bayar jer, bas pun sampai dan terus Syah naik dan dapat duduk. Sampai rumah sapu car porch dan kemudiannya kekedai runcit nak beli orange juice dalam botol untuk buka puasa.

Ingat nak beli Twister tapi kedai biasa Syah pergi tu habis stock dan syah ke kedai sebelah. Ada stock tapi tak jadi beli sebab dia letakkan botol tu bercampur dengan arak yang dijual. Pergi semula kekedai pertama tu dan beli Pulpy Orange Fruit Drink 1 Liter - RM5.80. Balik dari kedai, Syah hidangkan makanan atas meja dan terus ke bilik air untuk mandi. Lepas tumenonton TV sambil tunggu waktu berbuka puasa. Selamat berbuka puasa kepada anda semua..........

1 comment:

Putra Blog said...

salam jemputlah ke blog..
Entry terbaru YAM Tengku Putri Utama Perlis...

http://syukury.blogspot.com/2011/08/yam-tengku-putri-utama-perlis-tidak.html