Wednesday, August 17, 2011

Buka Puasa Ke-17 ......... Makan Apa yang Ada Jer

17.08.2011, Rabu - Hari nie sampai KTM Rawang jam sudah 18:30hrs dan terus Syah bergesas ke perhentian bas untuk kejar bas jam enam setengah untuk balik ke Rawang Residence Syah. Saja gamble lari-lari anak dan dalam hati kata kalau ada bas terus naik macam semalam. Shukur alhamdulillah bas masih belum jalan dan bila syah naik jer bas bergerak. Tak sempat nak beli apa-apa makanan lagi hari nie, lagipun Syah tak perlu risau kerana dah beli kuih RM2.00 - 5pcs Kuih Cucur Badak dan Karipap Sardin. Syah beli semasa ke Jalan Masjid India tengahari tadi dan ambil bubur lambuk di Surau TM.

Kat office kuih mahal betul di jualan Ramadhan Menara TM, satu limapuluh sen dan kecil plak tu dan pelanggan pun beli jer sebab tak ada pilihan lain, takut tak sempat nak beli kat kawasan perumahan mereka. Sampai Rawang Residence jam 19:00hrs dan Syah ke kedai sebentar untuk beli air soyabean. Syah juga beli kacang tumbuk dan tahu serta tomato kerana kalau lapar nanti buat mee segera jer coz ada balance satu lagi kat dapur. Ini jer lah menu buka puasa hari ke-17 Syah. Apa-apapun Syah bershukur atas rezeki yang dikurniakan oleh yang Maha ESA. Makan .....................semua.

By the way pagi tadi handphone tertinggal kat rumah dan malam nie pula charger netbook Syah tertinggal kat office. Jap lagi habislah bateri netbook Syah nie. Ok esok sahajalah Syah buat entry untuk anda semua yer... Tungguuuuuuuuuuuu...............

No comments: