13.08.2011, Sabtu - Siapakah gerangannya dalam gambar ini, ............... tentu kita tidak berapa mengenali wajah-wajah berkenaan. Ini adalah keluarga kepada KDYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah yang merupakan anak jati Negeri Kedah Darul Aman. Secara ringkasnya disebelah kiri sekali adalah Ayahanda Tuanku Nur Zahirah iaitu Dato' Seri Haji Omar bin Haji Ahmad, Bonda baginda, To' Puan Seri Nur Rahmah binti Haji Mohd Zain. Hasil daripada perkahwinan ini, Dato' Seri dan To' Puan Seri telah dikurniakan dengan lima orang cahayamata. Disebelah To' Puan Seri adalah anakanda ketiga beliau, Adam Shahir berumur 25 tahun, Nur Diyana Mariam berumur 19 tahun dan Osman Ariff berusia 27 tahun. Manakala dihadapan sekali adalah sebahagian anakanda Tuanku Nur Zahirah iaitu Pemangku Raja Terengganu DYMM Tengku Muhammad Ismail dan YAM Tengku Nadhirah Zahrah. Tuanku Nur Zahirah merupakan anakanda sulung Dato Seri dan To' Puan Seri.
To' Puan Seri bersama anak bongsunya Adib Luqman. Sekilas pandang ingatkan Tuanku Nur Zahirah ?
Menurut To' Puan Seri semasa wawancara dengan majalah Seri Dewi dan Keluarga keluaran Februari 2009, Tuanku Nur Zahirah semasa kecilnya merupakan seorang anak yang baik dan tidak pernah memberikan masalah. Memandangkan beliau seorang ibu yang garang dan tegas dalam membesar dan mendidik anak-anak, Tuanku Nur Zahirah selalu memberitahu kawan-kawannya bahawa "mama saya garang tau". Walau bagaimanapun To' Puan Seri memberi kebebasan kepada anak-anaknya untuk memilih kerjaya mengikut minat masing-masing. Mengenai hubungan dengan saudara mara setelah bergelar Raja Permaisuri Agong, To' Puan memaklumkan bahawa Tuanku Nur Zahirah jarang dapat bersama untuk majlis gathering keluarga memandangkan Tuanku sibuk dengan tugas-tugas rasmi cuma sekali sekali jika jadual Tuanku tidak padat, baginda akan turut serta.
Kehidupan To' Puan Seri juga mengalami perubahan ketara setelah puterinya bergelar Raja Permaisuri Agong. Jadual harian beliau begitu padat kerana mengiringi Tuanku Nur Zahirah untuk lawatan dan majlis rasmi disamping melaksanakan aktiviti kebajikan bersama Tuanku Nur Zahirah. Waktu untuk keluarga adalah terhad dan To' Puan Seri akan memastikan waktu terluang yang ada akan dimanfaatkan sebaik mungkin bersama keluarganya. To' Puan Seri amat bershukur kehadrat Allah S.W.T. atas segala rezeki yang dikurniakan kepada beliau dan keluarga dan berdoa agar kasih sayang sayang mereka sekeluarga dirahmati Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment