Tuesday, August 9, 2011

Tengku Dato' Seri Azmil Meletak Jawatan Sebagai Pengarah Urusan MAS

Tengku Dato' Seri Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz

Sistem Penerbangan Malaysia hari ini mengumumkan peletakan jawatan Tengku Dato' Seri Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz sebagai Pengarah Urusan MAS, berkuatkuasa 09.08.2011. Selepas ini, Tengku Azmil akan menyertai Khazanah pula sebagai pengarah eksekutif pelaburan berkuatkuasa 12.09.2011 hadapan. Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof, berkata Tengku Azmil sudah memberi sumbangan besar dalam transformasi syarikat itu semasa tempoh perkhidmatannya sebagai CEO dan juga ketua pegawai kewangan. "Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada Azmil kerana sumbangannya kepada syarikat selama tujuh tahun lalu," katanya.

Tengku Azmil dilantik sebagai Pengarah Urusan Mas pada Ogos 2009 bagi menggantikan Datuk Idris Jala yang dilantik sebagai Menteri tak berpotfolio di Jabatan Perdana Menteri. Beliau buat pertama kalinya dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Penerbangan Malaysia pada 23.08.2004 kemudiannya menjadi Pengarah Urusan pada 23.08.2005 dan Chief Financial Officer atau Ketua Pegawai Kewangan pada 01.02.2006.

No comments: