Tuanku Sultan Selangor berkenaan menyampaikan Sumbangan Kepada Anak-Anak Yatim - Gambar dari Bernama
20.08.2011, Sabtu - Hari ini Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah berkenan merasmikan Masjid At-Taqwa di Desa Subang Permai, Shah Alam. Selangor. Masjid ini dibina pada 1997 diatas tanah seluas 1.04 hektar dengan kos RM2 juta. Selepas majlis perasmian, Tuanku Sultan telah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.
Dalam ucapan perasmiannya, baginda bertitah agar Masjid tidak dijadikan sebagai tempat untuk berpolitik kerana ianya akan memecah-belahkan perpaduan ummah dan memusnahkan kemajuan negeri yang dikecapi selama ini. Baginda juga berharap agar jawatankuasa masjid merancang pelbagai program yang melibatkan seluruh kariah dari pelbagai lapisan usia dan status. Sektor korporat juga disarankan agar menyumbang melalui tanggungjawab sosial mereka bagi menaiktarafkan kehidupan masyarakat di Selangor.
No comments:
Post a Comment