20.08.2011, Sabtu - Hari nie Syah masak untuk berbuka puasa. Jam 15:00hrs tadi Syah ke Pekan Rawang beli keperluan dapur dan balik jam 17;00hrs. Selepas solat Asar Syah terus sediakan makanan. Nie nak kongsi resipinya sekali. Ala masak biasa-biasa jer. Ini adalah Toasted Wholemil Sandwich With Tuna and Low Fat Cheese. Senang jer nak buatnya benda nie.
Bahan-Bahannya 4 Keping Roti Gandum Penuh, Tomato, Salad, Low Salt Soft Majerine, Low Fat Cheese dan Tuna Mayo serta Chachos. Mula-mula bakar roti tu dalam Toaster ikut style masing-masing.... nak hitam legam pun boleh atau biasa-biasa sajer pun ok. Suka hati Che' Nooooooooooo. Bila sudah siap keluarkan dan sapu majerine. Letakkan Tuna, susunkan tomato serta salad dan cheese. Tangkupkan dan potong ikut style anda suka, macam Syah suka bentuk tiga segi tu. Susun dalam pinggan dan letakkan Chachos disebelahnya.
Ini pula Mee Sua dengan sayur-sayuran. Biasanya Syah makan, makanan seperti nie masa berdiet. Ialah orang bulan puasa kurus tetapi Syah mantain jer beratnya sebab tiap-tiap hari asik makan nasi jer............. Sekarang dah masa untuk jaga makan semula dan kalau kadangkala makan lebih tu tak perlah tetapi jangan selalu. Bukan apa jika anda biasa berdiet dan tiba-tiba makan lebih dalam jangka masa panjang tu yang cepat jadi lebih gemuk dari biasa kerana askar dalam badan yang biasa membakar masa kita diet tu tak boleh buat kerja lebih dan jawapannya ia akan simpan benda tu. lama-lama jadi bukitlah means gemuk balik. Itulah bahayanya berdiet dengan cara yang salah tu. Ingat berdiet bukan membawa maksud menahan makan, Ada fahammmmmmmmmmmmm.......

Bahan-bahan untuk masak Mee Sua dengan Sayur-Sayuran nie adalah sudah semestinya Mee Sua......Mee Sua nie bentuknya macam meehon tapi lain sket la bahan dia dan biasanya orang cina suka makan benda ni. Selain daripada itu baahan-bahannya adalah Tahu, Bracoli, Cendawan, Tomato dan Bawang Merah serta Kiub Ayam. Mee Sua nie boleh didapati di pasaraya atau kedai runcit. Potong sayuran tadi kecil-kecil. Panaskan air hingga mendidih dan masukkan tahu dan Kuib Ayam. Biarkan seketika dan masukkan sayur tadi kacau dan letakkan mee sua. Biarkan seketika, angkat dan hidangkan. tak payah bubuh garam kerana kiub ayam tu dan memang ada garam. Senangkan masaknya tak payah tumis-tumis bak kata orng main campak jer dalam kuali. Amacam .... cubalah, sedapppppppp. Anda juga boleh campurkan ayam, sotong atau udang ikut citarasa anda, ikan bilispun sedap juga tapi kena tumbuk sedikit. Nak lagi sedap tumis lah tapi Syah tak suka sebab berminyak. Haaa ...........Yang nie pula adalah Air Nenas yang Syah buat sendiri. Actually Air Nenas dan Mee Sua tu adalah resipi keluarga Syah yang selalu dimasak oleh Almarhumah Mak (Nenda Syah) dan Bonda Ejon. Tiba-tiba teringat plak resipi Ikan Kembung Rebus Berlada resipi Bonda Ejon, terliur dan memang sedappppppppppppppppp dan Syah pernah cuba buat tapi tak sama macam Bonda Ejon masak. Berbalik pada Air Nenas nie tadi, buat Air Nenas nie senang jer ........ very the simple one dan rasanya memang sedap apatah lagi jika diminum sejuk-sejuk. Tak payah susah-susah beli air nenas yang dalam tin tu kerana ada bahan pengawit. Buat sendiri lagi fresh dan berkhasiat.
Bahan-bahanya - Nenas, Gula dan Air. Hehehehhe....... tiga barang nie jer yang kita perlukan. Macam tadi Syah beli Nenas RM1.00 sebungkus, actualy nenas untuk berbuka tetapi tiba-tiba teringat nak buat Air Nenas so hentam jer lah labu. Potong dadu nenas tadi dan rebus nenas tu dalam air terlebih dahulu. Bila mengelegak biarkan seketika, angkat dan toskan. Tujuan celur (rebus) nenas nie untuk hilangkan rasa macam nenas (sebab ada nenas masam dan ada nenas masam) tapi tak kiralah kalau manispun kena celur juga. Masukkan air dalam periuk dan gula ikut suka hati anda dan panaskan. Kita hendak buat air gula. Bila gula sudah hancur dan mengelegak (mendidih ler tu), masukkan nenas tadi dan masak seketika. Tutup dan sejukkan sebelum dihidangkan. Jika air tadi tu manis sangat anda boleh tambahkan air atau lebihkan air batu semasa menghidangkannya. Selamat mencuba yer resipi Syah nie. Sure anda tak kecewa............
Yang nie buah-buahan - Anggur dan Betik. Nie tak ada resipi yer, hahahah resipinya belilah di supermarket dan kalau nak murah beli jer di gerai tepi jalan. Betik elok untuk melawaskan buang air besar. Selamat berbuka puasa kepada semua pembaca setia tengkusyah.blogspot.com semuga anda bahagian selalu disamping keluarga dan orang tercinta.
No comments:
Post a Comment