Friday, August 5, 2011

Kereta Kena Tarik Selepas Solat Jumaat

05.08.2011, Jumaat - Selepas solat Jumaat di Masjid As-Syakirin, KLCC tengahari tadi, kami semua berjalan beramai-ramai keluar masjid dan tiba-tiba Syah nampak sebuah tow truck menarik sebuah kereta dan ada seorang lelaki mengejar tow truck ti. Sampai disatu tempat tow truck tu berhenti dan lelaki tu bercakap dengan driver tow truck tu. Mungkin kereta dia parking ditempat yang salah ker itu Syah tak tahu tetapi dia macam minta kereta dia semula tapi tak dibenarkan. Lalu beberapa orang yang berada disitu cadangkan dia naik jer tow-truck tu dan ikut ke tempat kereta tu hendak dibawa. Kesian lelaki tu dahlah puasa dan terpaksa berlari mengejar tow-truck tu dalam keadaan panas terik.

Syah cerita kat member-member di office dan mereka kata kena hati-hati kerana ada satu kes memang mangsa tak bayar kereta dah lama dan tiba-tiba ada tow truck tahan tengah jalan dan dia bagi kereta tu untuk ditarik sebab tak bayar. Apabila dia hubungi bank, bank kata itu bukan orang-orang mereka dan rupa-rupanya kereta tu telah dicuri. Ada juga kemungkina kereta tak bayar ataupun parking ditempat larangan yang tidak membenarkan kereta dipark. Apa-apapun pada anda semua jika berlaku perkara yang sama pada anda pastikan yang kita tidak tertipu seperti kes yang diceritakan oleh kawan Syah tadi tu dan ambil langkah berhati-hati untuk menjaga keselamatan kita, kerana perompak nie ada dimana-mana dan macam-macam taktik mereka akan lakukan. Syah berdoa agar lelaki tadi tu dan keretanya selamat.

No comments: