Friday, August 5, 2011

Last Day Buka Puasa @ Ampang Puteri

Kak Lang dan Jiran Sebelah Katilnya, Sharifah - Very Nice and Friendly Person. Gambar diambil sebelum berbuka puasa. Kak Lang nampak cengkung sedikit.

05.08.2011, Jumaat - Petang semalam Syah berbuka puasa sekali lagi di Ampang Puteri temankan Kak Lang Ella dan semalam adalah last day Syah berbuka kat sana coz pagi nie Kak Lang sudah boleh keluar dari hospital. Lagipun Kak Lang inform dah rimas duduk hospital lama-lama katnya sebab risaukan anak-anak yang masih bersekolah. Syah beli nasi lemak untuk Syah dan nasi goreng kampung untuk Kak Lang. Selain tu Syah beli lauk seperti ikan goreng cili api, ayam goreng seketul, telur dadar, tempe goreng berlada, kuih seri muka dan cubadak untuk mamam sama-sama. On the way ke Ampang Puteri Syah beli teh o panas untuk Kak Lang dan milo o kosong untuk Syah di restoran mamak.

Bila Syah berada depan Ampang Puteri Kak Lang call tanya kata mana dan Syah kata depan hospital dan dia tak sangka Syah nak datang lagi hari nie temankan dia berbuka puasa. Dari office sampai hospital petang semalam hujan lebat untung bila sampai Ampang Point hujan rintik-rintik sahaja dan bolehlah diredah gitu jer. Masa nak berbuka, jiran sebelah Kak Lang, Sharifah namanya berikan kami sebungkus Mee Lakna untuk berbuka kerana katannya tadi dia beli dan tak nak makan pula. Sharifahpun keluar hospital pagi nie juga dan setelah dibuat pemeriksaan tidak ada yang merbahaya cuma ada kahak dan lendir didadanya tak silap Syah sebab tu asik batuk. Sakit dibahagian perutnya kerana terlalu kerap batuk kata doktor. Shukur alhamdulillah dia tak ada apa-apa. Sharifah nie peramah dan baik hati orangnya nampak friendly sangat walaupun baru kenal kami.

Syah balik jam 21:15hrs malam tadi selepas solat Insyak. Sebelum Syah balik sister Sharifah dan keluarganya datang. Sebelum keluar Syah mintakan semula Walker Kak Lang yang nurse pinjamkan kepada pesakit lain tu sebab Kak Lang hendak ke tandas. Syah juga sempat ucap terima kasih kat Sharifah dan cakap esok keluar juga kan? hingga jumpa lagi yer........... macam tu lah dialougenya. Kak Lang hantar Syah sampai pintu dan Syah salam dan cium tangan dia sebelum beredar balik ke KL Residence.

No comments: