Tuesday, August 16, 2011

Pagi Selasa

Disebabkan bersiap awal, Syah cuba teknik timer untuk ambil gambar Syah. Tak guna flash dan agak blur sket. Nie kat dalam Master Bedroom Syah di Rawang Residence. Jarang beradu dibilik nie sebab selalunya Syah bobok didalam bilik TV diaras bawah.

16.08.2011, Selasa – Malam tadi tak dapat update blog kerana rasa tak sihat dan letih. Dan tertidur. Komuter semalam sampai cepat tapi perjalanan ke Rawang banyak berhenti-henti menyebabkann nya sampai lewat hampir jam 18:30hrs. So .............. Syah berbuka puasa di Pekan Rawang @ Syakila Corner. Lepas makan Syah terus ke bas stand untuk ambil bas jam 20:30hrs. Dalam bas bahagian mata sebelah kanan Syah berhampiran hidung terasa sakit macam ada sampah masuk dan pedih plak tu. Ingatkan ada orang terenjis makanan ke tapi tak ada plak. Dekat Syah memang ramai orang berdiri. Lepas tu rasanya hilang sket dan sampai rumah Syah cuci muka dan bahagian mata tu.

Lepas tu Syah panaskan Ael dan kemudiannya solat dan mandi. Kat rumah tunggu kontraktor kata nak call pasal cat rumah tu tapi Syah tunggu tak ada pun dan Syah rasa macam tak sihat dan hendak demam, rasa sejuk pun ada lalu Syah baring dan Kak Ngah Normah call tanya khabar dan Chat dengan Kak Long sekejap di FB dan lepas tu terlelap dengan sendirinya sampai jam 05:20hrs Syah terjaga. Syah makan supplement dan minum air, mandi dan bersiap ketempat kerja.Hari nie sakit perut sedikit dan buang air besarpun cair sedikit tapi taklah cirit beret yang teruk Cuma perut rasa macam tak selesa.

Bas sampai KTM hampir jam 07:05hrs dan macam biasa kami semua berlari-lari masuk stesyen kejar train jam 07:05hrs dan shukur alhamdulilah walaupun lutut sakit sedikit mengejar train dapat juga Syah masuk. Masa tunggu bas di Rawang Residence, Syah Nampak jiran (Indian) sebelah rumah Azrin buka gerai nasi lemak dekat tempat Syah selalu tunggu bas tu. Sekarang jam 07:25hrs dan Syah baru sampai KTM Kepong Sentral sambil membuat entry nie. Pagi nie Syah ada appointment dengan fisio untuk terapi lutut Syah.

Sebelah Syah nie ada orang perempuan mengandung berdiri tapi tak seorangpun nak bagi dia duduk. Syah pun heran, mengapalah dia tak naik coach yang dikhaskan untuk perempuan nak naik juga coach yang bercampur-campur nie. Bila orang lelaki tak bagi duduk kata tak perihatin lah pulak. Cuba masuk coach wanita dan tengok ada tak wanita lain nak bagi duduk? Kan KTM dah sediakan coach wanita yang bertujuan untuk membantu wanita tua/muda yang kurang upaya, mengandung dan seumpamanya untuk keselesaan mereka. Gunakan lah kemudahan yang ada dan mana yang sihat tu bolehlah naik coach yang bercampur-campur nie.

Oklah Syah hendak meneruskan perjalanan nie................ sehingga berjumpa lagi dilain Entry yer.

No comments: