05.08.2011, Jumaat - Hari nie 1st day Syah buka puasa di Rawang kerana Syah balik ke Rawang Residence setelah empat hari berpuasa di KL dan berbuka di Ampang Puteri temankan my sister Kak Lang Ella. Selepas solat Asar, Syah terus ke KTM KL Sentral untuk naik komuter ke Rawang. Memang teruk giler hari nie orang naik komuter dengan bertolak-tolak dan ada juga yang memaki hamun kerana train dah penih tetapi ditolak sehingga orang didalam tersepit. Heran tu yang bawa baby pun berhimpit sama tanpa memikirkan keselamatan anaknya dan mengharapkan orang kasihan dan bagi dia duduk.
Mula-mula tak dapat duduk kemudian ada orang dihadapan Syah turun di Stesyen Bank Negara dan Syah duduk tetapi ada seorang perempuan yang pegangkan bayi tadi tu cakap ngan syah, boleh tak bagi mak budak nie duduk dan Syah kata tak apa duduklah. Setelah perempuan tu datang lelaki sebelah Syah pula yang bangun dan Syah terus duduk disitu tetapi tersepit dengan orang ramai yang betul-betul di hadapan kita dan ada yang hampir terduduk dekat penumpang yang duduk. Begitulah packnya komuter hari nie mana dengan panasnya macam tak ada aircond, mungkin orang terlalu ramai kot.
Sampai jer KTM Rawang jam 18:30hrs dan Syah ingat hendak berbuka puasa di Lambaian Seafood tetapi tutup. Syah beli dua kuih cucur badak dan satu pulut panggan dengan harga RM1.00 dan kemudiannya ambil dua bungkus nenas dengan harga RM2.00. Dari KTM Jalan kaki ke Restoran Suraya Seafood - (Cawangan Kampung Baru) di Pekan Rawang berhadapan Giand dan McD. Restoran nie ada satu di Kampung baru, KL dan nie adalah cawangannya. Hari nie Syah order Nasi Goreng Kampung, Kailan Goreng Biasa, Tomyam Ayam dan Milo O Kosong Panas.
Kali nie makanannya tak berapa mengancam macam biasa, tapi ok lah daripada 10, Syah bagi 7.5, mungkin kerana orang ramai kot dan Syah lihat banyak meja sudah di booking. Harga makanan Syah malam nie RM15.40. Jika anda hendak makan di restoran nie anda boleh booking meja melalui talian berikut, Bpy - 011 12298059, Nah - 017 2330962 atau Boss mereka 013 6239295. Jika anda berada dibandar rawang bolehlah cuba berbuka puasa atau bersahur di restorna nie.
No comments:
Post a Comment