Wednesday, August 31, 2011

1st Raya Di Ayahanda Residence

31 Ogos 2011, Selasa - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54 kepada Negara ku Tercinta dengan didahului ucapan salam 1 Malaysia dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kemerdekaan adalah kebebasan bagi kita semua. By the way Pagi nie baru dapat update blog kerana internet connection Celcom Broadband Syah tak berapa nak dapat kat sini.

Semalam 1st Raya Syah bertandang dan tidur di Ayahanda Residence Syah. Macam biasa hari raya memang ramai saudara mara datang. Actually Syah nak ikut Kak Lang, Kak Long dan Razak family ke Ayahanda Residence tetapi Syah minta mereka pergi dahulu dan Syah hendak pergi dengan Mamat. Apabila Syah lihat diluar rupa-rupanya mereka gunakan kereta Mamat dan terpaksalah Syah tunggu mereka balik baru Syah kerumah Ayahanda dengan Mamat. Semasa Syah dirumah Ayahanda 1st tetamu datang adalah keluarga Almarhum Ayahanda Saudara Syah Almarhum Mon Al-Haj dari Kajang.

Keluarga Almarhum beraya di Sungai Air Tawar iaitu rumah Mak Uda (isteri Almarhum) jadi bukan sahaja anak-anak Almarhum yang datang tetapi keluarga sebelah Mak Udapun datang sekali. Memang meriah dan terasa kegembiraan hari raya tu bila ramai-ramai macam nie. Selepas tu Keluarga Datin Paduka Norkailah pula datang. Datin Paduka memang selalu datang setiap tahun dan anak perempuannya tu merupakan anak angkat kepada Ayahanda manakala Datin Paduka dan Suaminya En Zainal merupakan kenalan Ayahanda.

Pada sebelah malamnya pula keluarga Pak Andak iaitu keluarga sebelah Encik iaitu Bonda Tiri Syah datang bertandang. Pak Andaknya sudah meninggal dunia tetapi isterinya masih ada dan dia datang bersama-sama anak-anaknya. Itu jerlah tetamu yang datang semasa Syah di Ayahaanda Residence. Syah sampai hampir waktu zohor dan sebelah paginya menurut Ayahanda ramai juga saudara mara sebelah Encik dan jiran datang bertandang.

No comments: