Thursday, August 25, 2011

Buka Puasa ke-25 @ Rawang Residence

Salah satu menu buka puasa today, Sandwich :- Toasted Tuna and Fried Egg with Low Fat Cheese

25.08.2011, Khamis - Hemmmmm tak lama lagi dah nak Raya kejap jer pejam, celik, pejam, celik dah nak hampir sebulan kita berpuasa. Balik rumah tadi Syah terus ke pasar malam dan macam biasa tak banyak makanan orang jual bulan puasa nie tak seperti sebelum bulan puasa mungkin mereka niaga di pasar Ramadhan kot? Mula-mula Syah beli air Soya RM1.80 dan ingat hendak beli Mee Goreng kecil (macam meggi) kat gerai biasa tu tetapi dah ada orang borong sebab Syah nampak tinggal tray jer. Siaplah beli sampai satu loyang tu.

Ingatkan nak beli Young Tau Foo tetapi balik semula kegerai tadi dan beli Mee Goreng RM2.00 tetapi dalam hati kata banyaknya minyak masa dia goreng mee tu sebab nampak berkilat. Lepas beli dua barang tu Syah terus balik kerana jam sudah hampir 19:15hrs. Masa Syah hendak buka pintu gate tak semena-mena bungkusan mee goreng Syah jatuh dalam longkang. So Syah ambil dan buang jer Mee tu, tak pe tak ada rezeki nak makan mee tu hari nie. Masuk rumah Syah terus buat Mee Sua Tom Yam Sayur kerana bahan-bahan tu jer ada dalam peti sejuk dan kena dihabiskan secepat mungkin kerana nak balik kampung, nanti busuk sayuran tu.

Tak payahlah tunjukkan ropanya macam mana yer sebab benda tu selalu dibuat dan di kongsi di blog nie. Selain daripada tu Syah buat sandwich - Toasted Tuna and Fried Egg with Low Fat Cheese. Hari nie sandwichnya Syah tambahkan telur mata dan cheese selain daripada tuna dan sayuran.. Sedap cubalah untuk buka puasa anda. Betik balance semalam tu habis Syah makan tetapi agak muda sedikit rupanya, apalah depa nie jual benda macam tu kat orang di bulan yang mulia nie. Syah juga makan kurma dan dried kiwi.

Ok lah sekarang jam 00:38hrs dan Syah hendak jemur kain yang baru siap dibasuh oleh cik mesin Itew..........................

No comments: