Monday, August 15, 2011

Serba Tak Kena Pagi Nie

15.08.2011, Isnin - Bangun jer pagi tadi rasa macam berat nak gi kerja tapi gagahkan juga. Kak Long Zainab call jam 05:30hrs tanya khabar dan Syah terpaksa berlari dengan lutut yang sakit ke tingkat atas kerana phone kat bawah tak dengar kerana ada internet connection .zzzzz. tringgg, zzzzz bunyinya dan tak dengar orang cakap. Lepas mandi, gosok baju dan seluar lepas tu solat Subuh. Jam hampir 06:25hrs dan Syah tak jumpa passcard dan kad touch n go Syah. Bengang , terus keluar nanti ketinggalan bas plak. Keluar gate nampak bas berhenti disatu kawasan berhampiran Rawang Residence Syah dan mesti driver ganti kerana dia tak mahu jalan awal kerana takut ada yang terlepas bas nanti coz timing dia dah lari.

Sempat Syah berlari tunggu ditempat biasa tu. Dalam bas cari gak pascard tu tetapi tak jumpa dan heran mana Syah letak. Sampai jer KTM, train sudah ada dan Syah terpaksa beratur panjang dapatkan tiket manual sampaikan train dah jalan dan terpaksa tunggu next train. Semasa tunggu train saja Syah buka notebook cover Syah dan rupa-rupanya ada dalam cover tu. Mungkin Syah simpan kat siti hari Sabtu lepas kot? Syah memang seorang yang pelupa semenjak dari dahulu lagi. Sampai tension Syah memikir kemana ginya passcard tu - pening dan rasa nak muntah memikirkannya. Hari nie sampai office hampir 08:30hrs dan Syah lewat approx 30 minit. oklah semua ............. sehingga berjumpa lagi dilain entry.

No comments: