Friday, August 5, 2011

Ke Bank dan Solat Jumaat di Masjid As-Syakirin

05.08.2011, Jumaat - Tengahari tadi Syah minta kebenaran keluar pejabat dari Abang Mutalib untuk ke bank. Syah ke Maybank untuk keluarkan ASB anak saudara Syah untuk collect semula advanced yang Syah bagi kat dia sebanyak RM2,800.00. Syah bank-in dalam akaun sebanyak RM1,380.00 manakala RM 1,060.00 untuk bayar Citibank Platinum Syah dan RM360.00 untuk bayar Citibank Gold Syah. Selepas berurusan dikaunter Syah ke Cheque Deposit Machine untuk bank-inkan dua cek yang bernilai RM418.46 iaitu dividen daripada Koperasi Telekom Malaysia (Kotamas) dan RM70.94 daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHHDN) iaitu lebihan bayaran cukai pendapatan yang dipulangkan semula kepada Syah.

Dari Maybank Ampark Park Syah ke Citibank untuk buat payment credit card tu. Dari Citibank Syah jalan kaki ke KLCC untuk solat jumaat di Masjid As-Syakirin. Disebabkan bulan puasa masjid penuh awal sedikit kerana para jemaah tak pergi lunch. Syah solat di Dewan Solat Utama masjid ditingkat atas masjid. Sebelum solat diadakan taskirah oleh Ustaz Datuk Zawawi Yusuf dari UIA dan beliau nie selalu keluar kat Tv untuk rancangan agama. Khutbah Jumaat pula dibacakan dalam bahasa Inggeris oleh Ustaz Sharizan Abdul Dauad yang merupakan seorang penceramah bebas dan pernah menyertai Mentor Imam Muda 1. Tadi Syah ada membuat pertanyaan di bahagian pentadbiran Masjid As-Syakirin dan mereka maklumkan Khutubah Jumaat di As-Syakirin kadangkala dalam bahasa melayu dan adakalanya dalam bahasa Inggerish. By the way dulu Syah pernah solat Jumaat di Masjid Jalan Masjid India, Kuala Lumpur khutbahnya pula dalam bahasa Tamil.

No comments: