YB Datuk Seri Tengku Adnan di Program Berbuka Puasa Maidatul Al-Rahman di Medan Selera Presint 8, Putrajaya malam tadi.
02.08.2011, Selasa - Semalam YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya telah bersama-sama 400 warga Pusat Pentadbitan Persekutuan itu menghadiri program berbuka puasa Maidatul Al-Rahman anjuran UMNO Puterajaya. Program yang diadakan di Presint 8 ini berkonsepkan penyediaan juadah berbuka puasa secara percuma terutamanya kepada warga miskin khususnya dan warga Putrajaya amnya sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak.
YB Datuk Seri Tengku Adnan dalam kenyataannya memaklumkan program ini adalah sebagai salah satu kaedah mengeratkan hubungan silaturahim diantara warga Putrajaya disamping menyemarakkan amalan bersedekah. Menurut beliau, program ini dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan melalui dua kaedah iaitu menyediakan makanan secara percuma di Medan Selera Presint 8 dan menghantar juadah berbuka puasa kepada setiap penduduk dikawasan sekitar mengikut blok kediaman. Memandangkan program ini mendapat sambutan masyarakat sekitar Putrajaya, iannya akan diteruskan pada tahun hadapan.
Tambah beliau, perancangan awal semalam mensasarkan 200 orang tetamu tetapi hampir 400 orang tetamu hadir pada majlis berbuka puasa ini dan beliau juga merasa amat berbesar hati kerana majlis ini juga dihadiri oleh orang bukan islam yang mengambarkan penghayatan nilai-nilai semangat 1Malaysia semakin menebal dikalangan masyarakat yang bebilang bangsa di Malaysia.
No comments:
Post a Comment