01.08.2011, Isnin - Hari nie Syah buka puasa dengan Kak Lang Ella di Ampang Puteri Medical Center. Susahnya nak cari makan kat area Ampang Point nie sebab tak ramai yang jual macam ditempat-tempat lain. Syah beli Nasi Lemak Ayam untuk Syah. Syah beli kuih, air tebu, sambal udang, tempe berlada untuk makan sama-sama Kak Lang kerana katanya makanan hospital tawar tak selera. Masa Syah beli makanan tadi Azam dan anak-anak dah balik rumah untuk persediaan buka puasa. Azam kata nak tinggalkan anak-anak dengan Kak Lang dan lepas Terawikh ambil mereka tetapi Kak Lang kata tak payahlah ulang-alik macam tu. Lepas makan, Syah solat Maghrib dan lepas tu Kak Lang Ella pula dan macam biasa Syah solat menggunakan kerusi dan Kak Lang pun sama. Jam 20:30 nanti baru Syah nak gerak balik ke KL Residence.
No comments:
Post a Comment