Thursday, August 25, 2011

Rambut Raya

25.08.2011, Khamis - Semalam selepas balik dari Fisio Syah memang busy menguruskan masalah payment untuk Program SL1M dan TM Got Tallent kerana peserta dari Indonesia claim tak dapat duit yang dia menangi. Manakala budak-budak Program SL1M ada 18 orang tak dapat payment kerana masalah akaun mereka sendiri. Pening kepala dibuatnya dan terpaksa diuruskan secepat mungkin sebab dah nak cuti Raya nie ditambah dengan akaun closing lagi dan TM pula bermula hari Isnin nie 29.09.2011 sampai Jumaat 04.09.2011 kami semua dikehendaki bercuti yang dinamakan Cuti 1TM, Semua pejabat ditutup dan Nak tak nak semua kena cuti kecuali bahagian-bahagian yang berurusan dengan pelanggan. Tahun lepas pihak pengurusan tolak siap-siap cuti kami dalam sistem tetapi tahun nie arahan cuti 1TM dikeluarkan tetapi kami semua kena apply juga cuti tu dan tidak ditolak secara automatik seperti tahun lepas.

Memang busy tetapi The Show Must Go On........Masa lunch Syah lari sekejap ke KL Sentral untuk gunting rambut. Rambut Rayalah kiranya nie lagipun member-member complain pasal rambut Syah kerana mungkin lebih suka tengkok style biasa Syah tu. Sekarang dah panjang dan Syah sikat ada masanya belah tepi atau kebelakang jer macam gambar masa buat fisio kat bawah tu. Syah gunting rambut kat tempat biasa di E-Go Hair & Beauty Salon KL Sentral. Tukang guntingnya Syah memang dah biasa tetapi yang cucui rambut tu tak tahu kenapa, meleleh syampoo kat baju mungkin kerana cair sangat kot dan bila cuci rambut, telinga hampir masuk air. Gunting rambut kat sinie taklah mahal sangat dan semalam dicaj RM38.00. Kalau kat kampung lagi murah lah tapi tak pe lah senang gunting kat sini jer. Pernah gunting macam nie cuma RM8.00 jer kat kampung. Oklah sehingga berjumpa lagi dilain entry ...................... Happy Shopping Everybody. Hehheheheeeeeeee

No comments: