Friday, August 19, 2011

Prince Severre Magnus Menghadiri Majlis Suaikenal Sebelum Memulakan Alam persekolahan

Prince Sverre Magnus

19.08.2011, Jumaat - Pada 17.08.2011 lepas putera bungsu kepada Putera Mahkota Norway, Prince Haakon dan Puteri Mahkota Mette-Marit telah menghadiri upacara majlis tradisi suaikenal sebelum memulakan sesi persekolahan pertamanya pada Disember 03, 2011 apabila beliau berusia enam tahun. Prince Sverre Magnus telah ditemani oleh tidak lain tidak bukan Nenda kesayangannya HM Queen Sonja serta kedua ibubapanya. Queen Sonja dan suaminya King Harald memang terkenal atas sikap keperihatinan baginda berdua terhadap kebajikan anak-anak dan cucu-cucu baginda berdua.

Si kecil ini baru berusia lima tahun dan merupakan pewaris ketiga Tahta Norway. Prince Sverre Magnus belajar di Janslokka School di Asker yang lokasinya berhampiran dengan Skaugum iaitu kediaman diraja bagi Putera Mahkota Haakom dan keluarganya. Istana Diraja di Oslo mengeluarkan aturcara rasmi keberangkatan diraja sempena majlis ini di Janslokka School. Rombongan diraja tiba pada jam 11:58hrs dengan menaiki kenderaan rasmi dan kemudiannya mereka akan berjumpa dengan Guru Besar sekolah, guru dan pembantu guru yang akan mendidik si cilik nie.

Kemudiannya guru besar akan berucap diikuti dengan persembahan nanyian oleh penuntut sebelum pelajar-pelajar baru dipanggil untuk diperkenalkan kepada semua satu persatu sambil berjabat tangan. Kemudiannya murid-murid baru dan penjaga akan melawat bilik darjah mereka. Kerabat Diraja sentiasa memastikan privasi mereka dilindungi terutamanya daripada pihak akhbar dan jurugambar dalam majlis ini dimana para guru juga tidak dibenarkan merakamkann gambar-gambar mereka.

No comments: