Sunday, August 28, 2011

Mentang-Mentanglah Komuter Tak Sibuk

28.08.2011, Ahad - Amboi-amboi............. mentang-mentang penumpang dah tak ramai dan komuter lengang sebab orang dah balik kampung cuti raya kami yang naik komuter nie macam dalam syurga rasanya sebab tak perlu bertolak-tolak dan berhimpit untuk dapatkan tempat duduk. Gambar nie Syah ambil pagi tadi sewaktu dalam perjalanan balik ke Rawang Residence daripada KL Sentral. Bukan main relax lagi member kita nie dan rasanya warga Indonnesia. Siap bersila panggung lagi atas kerusi sambil menikmati pemandangan diluar tingkap komuter. Manakala lelaki dibelakang tu pula dengan santainya mencabut janggut. Kalu hari-hari biasa mimpi lah wey dapat buat macam nie. Banyak orang-orang yang Syah kenal selalu tanya mengapa suka ambil gambar dan inilah salah satu sebab Syah ambil gambar kerana kita boleh berkongsi cerita dan pengalaman melalui gambar-gambar yang Syah ambil dan bukan tujuannya untuk memalukan orang.

No comments: