Monday, August 1, 2011

Sahur 1st Puasa

01.08.2011, Isnin- Hari nie Syah tak kerja cuti dan jengok Kak Lang Ella di Ampang Puteri. Syah sampai hampir jam 11:00hrs tadi. Masa Syah sampai anak-anak dia Firdaus dan Ku Cik ada. Kebetulan sekolah kat Selangor cuti hari nie sempena 1st puasa. Masa Syah sampai Kak Lang sudah buat fisio dan katanya jam 14:00hrs nanti ada fisio lagi. Mak Cik katil sebelah Kak Lang Ella tak ada kerana menjalani prosidure pemeriksaan untuk mengatahui tahap kesihatan dia. Kena masukkan kamera dalam usus tak silap Syah. Kepala Syah sakit pula hari ini.


Pagi tadi jam 05:00hrs Syah bangun untuk minum dan tak larat nak makan cuma ambil sekeping biskut Oat jer. Tetapi jam 21:30hrs malam tadi Syah makan Tom Yam Ayam, Kailan Goreng Biasa dan Nasi Putih serta Air Asam Jawa Panas. Walaupun awal kira Syah sahurlah tu dan niat puasa sekali. Syah makan di Restoran Tomyam Citarasa Cengkih berhampiran Stesyen LRT Melati. Oklah makan kat sini tapi compare kat Aziz Al-Amin, Aziz sedap lagi tapi dari segi layanan kat sini lebih mesra pelanggan dan pekerjanya selalu tersenyum. Caj makan hari nie RM8.70.


No comments: