Wednesday, August 17, 2011

Jenazah Allahyarham Tengku Ismail Su Selamat Disempurnakan Di Garden of Peace, London

Perginya Sebutir Permata Dalam Hidup Kita Semua Yang Tidak Akan Kembali Lagi Buat Selama-lamanya. Kelihatan Adinda Allahyarham menutup jenazah Almarhum selepas kemangkatannya. Syah ada melihat gambar jenazah Allahyarham yang nampak tenang dan seperti mengukir senyuman. Tetapi Syah minta maaf banyak-banyak kerana tak boleh sertakan gambar berkenaan untuk tatapan umum kerana iannya hanya untuk kaum kerabat Alllahyarham sahaja dan Syah rasa bertuah kerana dapat melihat wajah Allahyarham buat kali terakhir.  Rasa Sayu dan Sedih bercampur difikiran Syah ketika menatap gambar wajah terakhir Allahyarham.


17.08.2011, Rabu - Shukur Alhamdulilah malam tadi Syah mendapat berita mengenai Allahyarham Tengku Ismail Tengku Su telah selamat dimakamkan di Garden of Peace, London selepas waktu Zohor bersamaan lebih kurang jam 08:30hrs waktu Malaysia malam tadi dan telah dihadiri oleh warga-warga Malaysia yang berada di London. Terdahulu jenazah telah dibawa ke East London Mosque untuk disembahyangkan. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 13.08.201 bersamaan 13 Ramadhan 1432H di Royal Brompton Hospital, London disisi adinda lelaki bongsunya YM Tengku Muhammad Yusof. Ulangtahun hari keputeraan Allahyarham yang ke-60 jatuh pada tanggal 25.07.2011 lepas.

Dengan kemangkatan ini, Tengku Muhammad Yusof merupakan satu-satunya putera YM Allahyarham Tengku Su yang masih hidup. Allahyarham merupakan Putera ke-4 daripada 10 orang adik beradik yang terdiri daripada lima lelaki dan lima orang perempuan. Ayahanda Allahyarham adalah YM Tengku Su bin Tengku Hussin manakala bondanya adalah YM Tengku Azizah binti Tengku Muda Haji Ahmad. Kirannya hubungan diantara Allahyarham dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah dua pupu dimana Allahyarham merupakan cicit kepada Almarhum Sultan Zainal Abidin III.

Tak kira dimana pun Allahyarham dimakamkan yang pentingnya kita semua sebagai kawan atau sahabat Allahyarham harus meluangkan masa seketika membaca Al-Fatihah kepada Allahyarham dan mendoakan agar Rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. AMIN.

Syah juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Takziah kepada kaum kerabat Allahyarham Tengku Ismail bin Tengku Su diatas kemangkatan ini dan berharap agar anda semua tabah menerima dugaan ini.

Entry Syah Sebelum Ini Berhubung Kemangkatan Allahyarham Tengku Ismail Su

2 comments:

Dewi Moon said...

Almarhum Tengku Ismail Su merupakan sahabat sejati yang sentiasa berusaha untuk menghiburkan kawan-kawannya yang berduka...Saya merasa sedih dengan pemergiannya..Semuga Almarhum di tenpatkan di Syurga yang tertinggi..Alfatihah untuk Almarhum...

Baijat said...

Secebis cerita tentang Pak Engku

http://beritadarirantau.blogspot.com/2011/08/pertemuan-pertama-dan-terakhir.html