Sunday, August 21, 2011

Buka Puasa ke 21 @ Rawang Residence

21.08.2011, Ahad - Salam semua dan apa khabar. Dah berbuka Puasa ..... tentu dah buka puasakan?. Haaaa......... nielah menu Syah hari nie di Rawang Residence. Today tak ke Pekan Rawang kerana rasa malas nak keluar dan cuaca panas tak hujanpun arie nie dan kepala Syah sakit sedikit tetapi dah ok dah sekarang. Syah buat Instant Mushroom Soup, Cucur Bawang Ikan Bilis, Tahu Goreng, Buah Anggur dan buat lagi Toasted Tuna Sandwich sebab nak habiskan roti yang expired 25 Ogos nanti.. Tak habispun Syah makan semua benda nie masa berbuka tadi dan bolehlah makan ulang-ulang sampai sahur nanti. Nielah menu orang bujang simple dan ala kadar jer janji perut kenyang kan? Heheheheh............

No comments: