Friday, August 26, 2011

Komuter Lengang

26.08.2011, Jumaat - Hari nie lega rasanya naik train sebab orang tak ramai seperti biasa. Aman dunia nie rasa nya dan taklah kedengaran suara orang memaki hamun orang lain sebab tak puas hati ditolak oleh penumpang yang hendak masuk. Keadaan sebegini hanya berlaku apabila tiba musim perayaan jer dimana ramai orang yang bekerja di KL bercuti atau sudah pulang ke kampung halaman masing-masing. Tak kiralah Melayu ker Cina ker India ker semuanya mengambil kesempatan bercuti panjang sempena musim perayaan nie. Kalaulah hari-hari macam nie kan best tetapi jika kita perhatikan sebenarnya perkara ini berlaku kerana komuter tak ikut jadual yang ditentukan bukan macam LRT. Jadi orang yang menunggu makin lama makin ramailah jawapannya dan berlakunya kesesakan yang melampau terutamanya diwaktu puncak.
Lihat sahajalah gambar diatas sekali tu, Syah ambil di Stesyen KTM KL Sentral pagi tadi dan nampak lengang kerana ramai yang telah bercuti manakala gambar ini pula adalah kawasan menunggu Keratapi yang penuh dengan penumpang yang sedang menunggu ketibaan keretapi untuk ke distinasi masing-masing.

No comments: