Sunday, August 14, 2011

Prince Christian Memulakan Sesi Persekolahan

Prince Christian of Denmark
-Bersedia untuk hari pertamanya ke sekolah

14.08.2011, Ahad - Hari pertama persekolahan begitu bermakna bagi semua orang dan ibu bapalah yang paling sibuk menghantar anak-anak kesekolah. Teringat syah masa mula-mula sekolah dulu Nenda Syah - Atok dan Mak yang hantar Syah kesekolah untuk hari pertama dan setiap kali balik sekolah Atok yang akan fetch Syah sehinggalah Syah boleh berdikari sendiri. Begitulah yang berlaku kepada Prince Christian yang berusia 5 tahun telah memulakan sesi pertama persekolahan beliau baru-baru ini . Prince Christian merupakan pewaris kedua tahta Denmark dan putera kepada Crown Prince Federik of Denmark dan Crown Princess Mary of Denmark.

Prince Christian kelihatan begitu gembira apabila jurugambar mengambil gambarnya yang diampit oleh kedua ibubapanya diluar istana Fedrik den VIII Palace, Copenhagen sebelum memulakan hari pertamanya di sekolah dan memberitahu wartawan bahawa beliau begitu teruja untuk kesekolah. Beliau telah dihantar menuntut ilmu Christian's Tranegards Scholl yang merupakan sebuah sekolah yang terkenal dan merupakan yang ke 16 terbaik dari segi keputusan GPA (group point average) dengan motto sekolah " A good place to be - a good place to learn" telah menambat hati hati pasangan diraja itu untuk menghantar putera sulung mereka menuntut disini berbanding kebiasaan bagi kerabat diraja lainnya yang dihantar belajar ke sekolah swasta.

Selain daripada itu, sekolah ini dipilih kerana lokasinya yang sesuai dan berdekatan diantara kedua-dua kediaman Crown Prince samada di Istana di Copenhagen atau di Fredensborg dan tak jadi masalah untuk Prince Christian kesekolah bergantung dimana hari berkenaan ayahanda dan bondanya bersemayam.

No comments: