Monday, August 8, 2011

Tiga Kerabat Diraja diantara Senarai 10 Teratas Wanita Berpakaian Terbaik Dunia

HH Sheikha Mozah binti Nasser Al Missned

09.08.2011, Isnin - Majalah keluaran Amerika yang berpengaruh dalam dunia fesyen antarabangsa, Vanity Fair telah mengeluarkan senarai Wanita dan Lelaki berpakain terbaik didunia sempena 72nd annual International Best Dressed pada 09.08.2011 lepas untuk keluaran September 2011. Dalam senarai 10 teratas wanita berpakain terbaik yang dikeluarkan tiga daripadanya merupakan kerabat diraja.

Ditempat kedua telah dianugerahkan kepada Her Highness Sheikha Mozah binti Nasser Al Missned yang merupakan isteri kedua daripada tiga orang isteri Emir Qatar, His Highness Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani. Baginda juga terkenal dengan sifat yang meminati dunia fesyen. Baginda merupakan perwakilan khas UNISCO bagi Pendidikan Asas dan Tinggi. Tidak seperti kebiasaan isteri kepada pemerinth di negara Arab, baginda bergiat cergas dalam bidang politik dan kemsyarakatan di Qatar. Baginda yang berusia 59 tahun dan telah berkahwin dengan Emir Qatar dalam usia 18thaun pada 1977 dikurniakan dengan tujuh orang cahayamata lima putera dan dua puteri.

HRH Duchess of Cambridge

Tempat ketiga pula jatuh kepada Her Royal Highness Princess William Arthur Philip Louis, Duchess of Cambridge, Countess of Strathearn, Baroness CarrickfergusDuchess of Cambridge atau nama sebenarnya Catherine Elizabeth Middleton yang merupakan isteri kepada His Royal Highness Prince William Arthur Philip Louis, Duke of Cambridge, Earl of Strathearn, Baron Carrickfergus, Royal Knight Companion of the Most Noble Order of the Garter. Dutchess of Cambridge baru sahaja melangsungkan perkahwinan yang gilang gemilan di West Minister Abbey pada 29.04.2011 lepas dan seringkali dikaitkan sebagai ikon dunia fesyen menggantikan mendiang bonda mertuanya, Princess Diana.HSH Princess of Monaco

Manakala tempat kesembilan dimiliki oleh Her Serene Highness The Princess of Monaco, Charlene Lynette Wittstoc yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya pada 01.07.2011 di Bilik Tahta Prince Palace. Baginda merupakan isteri kepada His Serene Highness The Sovereign Prince of Monaco, Prince Albert II. Princess Charlene merupakan bekas perenang olimpik Afrika Selatan dan merupakan duta khas sukan Olimpik.

No comments: