Tuesday, August 16, 2011

Charlotte Casiraghi Menghiasi Muka Hadapan Majalah French Vogue Keluaran September 2011

Charlotte Casiraghi merupakan cucunda kepada Princess of Monaco, Mendiang Princess Grace Kelly yang juga merupakan artis terkenal Hollywood dan anak perempuan kepada Princess Caroline of Monaco telah diberi keistemewaan untuk menghiasi kulit hadapan majalah French Fogue bagi keluaran September 2011. Puteri yang berusia 25 tahun ini mempunyai naluri yang tinggi dalam dunia fesyen dan merupakan seorang “equestrian shojumper”. Beliau seringkali dilihat berada dibarisan hadapan dalam majlis-majlis Minggu Fasion Paris dan pernah tersenarai dalam Vanity Fair’s Best Dress untuk tahun 2006. Dengan penampilan beliau dalam majalah vogue dan menghiasi kulit hadapan majalah berkenaan, beliau dikatakan telah menyayingi popularity Duchess of Cambridge, Kate Middletton.

Keluaran September merupakan keluaran bulan yang paling penting bagi majalah-majalah fesyen bertaraf dunia kerana iannya merupakan permulaan yang baru dan musim yang menguntungkan majalah fesyen. Dalam muka hadapan keluaran September 2011 ini, Charlotte tampil dengan fesyen rambut yang agak kusut (tousled hair) dan mengenakan solekan “Smokey Eye” diabadikan oleh jurufoto pilihan utama Majalah Vogue, Mario Testion Manakala dibahagian dalam majalah, beliau mengayakan busana dari Chanel, Baiman, Isabel Marant dan Gucci. Mario Testion juga terkenal dikalangan kerabat diraja dan merupakan jurufoto pilihan utama Mendiang Princess Diana dan menjadi pilihan Prince William dan Kate Middleton untuk mengabadikan photo-photo rasmi pertunangan mereka.

No comments: