Thursday, August 25, 2011

Fisioterapi dan Buka Puasa


25.08.2011, Khamis - Malam tadi Syah tak sempat nak update blog kerana letih sangat rasanya dan terus tertidur dan bangun-bangun jer jam sudah menunjukkan pukul empat pagi dan terus Syah makan ubat dan ambil sebiji kurma dan mineral water. Nie nak cite pasal semalam, pagi semalam Syah ke kelinik untuk buat fisio dan minggu nie Syah buat sekali jer. Lelaki disebelah Syah tu Bun, fisio Syah orang Kedah, very nice person and helpfull. Ada masanya peha Syah rasa lenguh dan bila naik tangga atau mencangkung terasa sakit dibahagian lutut. Tapi kalau compare dari dahulu banyak perubahannya dan semakin sembuh. Minta-minta sembuh sepenuhnya. Sekarang nie nak jogging atau exercise naik tangga seperti yang SYah biasa buat tu terpaksa dilupakan untuk sementara waktu.
Nielah menu buka puasa Syah petang semalam. Syah masak sendiri dan jam 20:00hrs baru Syah siap masak dan makan. Sampai rumah hampir jam 19:00hrs dan Syah terus ke kedai runcit beli tahu dan kemudiannya start masak. Berhenti untuk solat Maghrib selepas waktu berbuka dan sambung semula masak. Semalam Syah buat Meehon Tomyam Sayur dan Tahu Sumbat yang Syah buat sendiri. Tahu tu Syah goreng dan belah dua dan sumbatkan daun salat yang Syah hiris halus-halus dan taburkan cili Sos sebab tu ada bahan-bahan yang ada, hehehhehe. Biasalah masakan orang bujang, simple jer.
Selain daripada tu macam biasa buah kurma dan kiwi kering serta buang anggur balance hari tu dan sepotong betik. Actually betik Syah beli dua potong tapi satu lagi tu tak habis dan Syah simpan untuk buka puasa petang nanti.

No comments: