Saturday, August 27, 2011

Prince Joachim of Denmark Bakal Menimang Cahayamata Baru

Prince Joachim dan Princess Marie sewaktu kelahiran Prince Henrik

27.08.2011, Sabtu - Pada 24 Ogos 2011 lepas Istana Amalienborg telah mengeluarkan kenyataan mengenai kehamilan Her Royal Highness Princess Marie of Denmark iaitu isteri kepada His Royal Highness Prince Joachim of Denmark. Beliau dijangka akan melahirkan anak keduanya itu pada Januari 2012 di Rigshospitalet (Copenhagen Univerisity Hospital), Copenhagen. Princess Marie memputerakan anakanda sulungnya His Highness Prince Henrik Carl Joachim Alain pada 04.05.2009. Suaminya Prince Joachim merupakan putera kedua kepada Her Majesty Queen Margrethe, Queen of Denmark dan His Royal Highness Prince Consort of Denmark, Prince Henrik.

Walau bagaimanapun bayi yang akan lahir ini merupakan anakanda keempat Prince Joachim kerana beliau mempunyai dua orang lagi putera hasil daripada perkahwinan pertamanya bersama bekas isterinya Wanita Kelahiran HongKong, Her Excellency Alexandra, Countess of Frederiksborg iaitu His Highness Prince Nikolai William Alexander Frederik yang diputerakan pada 28.08.1999 dan His Highness Prince Felix Henrik Valdemar Christian diputerakan pada 22.07.2002. Pasangan ini mengumumkan perpisahan mereka pada 16.09.2004 dan kemudiannya bercerai pada 08.04.2005 Penceraian ini merupakan penceraian pertama dalam keluarga diraja Denmark semenjak 1846. Semenjak 01.10.2004, Alexandra telah dibayar elaun sarahidup sebanyak USD 330,000.00 setahun.

Sebagai bekas kerabat diraja Denmark, beliau menggunakan gelaran Her Highness Princess Alexandra of Denmark dan kemudiannya Baginda Queen telah menganugerahkannya gelaran Countess of Frederiksborg pada 30.06.2005. Walau bagaimanapun beliau telah berkahwin semula dengan Martin Jørgensen on 3 March 2007 dan dengan perkahwinan ini beliau terpaksa mengugurkan gelaran Puteri (Princess) dan hanya dibenar menggunakan gelaran Her Excelecny Alexandra, Countess of Frederiksborg sahaja. Manakala bekas suaminya Prince Joachim telah berkahwin semula dengan seorang wanita kelahiran Perancis, Marie Cavallier pada 24.05.2008 dan tarikh ini dipilih sempena tarik ulangtahun ke-73 perkahwinan Datuknya mendiang King Frederik IX dan Queen Ingrid. majlis perkahwinan diadakan di Møgeltønder Church dan dengan perkahwinan ini Marie menggunakan gelaran Her Royal Highness Princess Marie of Denmark.

No comments: