Her Royal Highness The Crown Princess of Sweden dan suaminya Prince Daniel. Tahniah Atas Berita Yang Mengembirakan Ini.
18.08.2011, Khamis - Pihak Istana Sweden dalam kenyataannya semalam 17.08.2011 memaklumkan bahawa Crown Princess Victoria sedang mengandung dan dijangka akan melahirkan bayinya sulungnya pada Mac 2012. Dengan pengumuman ini berakhirlah tandatanya rakyat Sweden bilakah Puteri Mahkota itu akan melahirkan pewaris tahta. Pengumuman ini telah dibuat oleh jurucakap diraja, Annika Soennerberg.
Tambah beliau, kerabat-kerabat diraja begitu teruja mendengar berita mengenai kehamilan ini dan memaklumkan Puteri Mahkota dalam keadaan yang amat memuaskan. Crown Princess Victoria telah mengahwini suaminya, Danial Westling yang merupakan jurulatih peribadi baginda pada 19.06.2010 dalam satu majlis berkonsepkan “Fairytale”. Kini suami baginda mendapat gelaran Prince Danial.
Crown Princess Victoria begitu popular dinegaranya dan merupakan pewaris pertama tahta Sweden dan bakal menjadi Ratu Sweden ketiga dalam sejarah pemerintahan beraja di Sweden. Dari kajiselidik yang dibuat, rakyat ternyata lebih memilih beliau sebagai ketua negara daripada Ayahandanya sendiri, King Carl XVI Gustaf yang dikaitkan dengan pelbagai skandal beberapa tahun kebelakangan ini.
Bayi yang bakal dilahirkan ini akan menjadi cucu pertama kepada raja dan permaisuri Sweden dan secara automatic menjadi pewaris kedua tahta diraja Sweden. Pihak istana juga memaklumkan bahawa buat masa ini tidak ada pengubahsuaian terhadap jadual rasmi puteri mahkota dan iannya akan berjalan seperti biasa.
Perdana Menteri Sweden, Fedrik Reinfeldt dalam kenyataannya memaklumkan “It is with great joy that I receive the news that the Crown Princess and Prince Daniel are expecting a child. You have a fantastic experience in front to look forward to and I want to send you both my most heartfelt congratulations”
No comments:
Post a Comment