Sunday, August 14, 2011

Buka Puasa Ke-14 @ Rawang Residence lagi

14.08.2011, Ahad - Hari nie buka puasa di Rawang Residence lagi. macam biasa beli kat Pasar Ramadhan Rawang. Jam 15:00hrs Syah keluar rumah dan sampai jer pekan Syah ke Giant untuk beli barang-barang tapi tak jadi cuma beli Bracoli sahaja. dari Gian ke Pasar Ramadhan dan Syah beli Nasi Dagang Ikan Tongkol - RM3.00, Pelbagai kuih RM3.00 - Popia goreng, wade, karipap, pelbagai apam dan kek coklat, Murtabak Ayam -RM2.50. Daripada Pasar Ramadhan Syah terus ke bas stand untuk ambil bas jam 17:30hrs dan sempat cari-cari buah dan akhirnya Syah beli buah Anggur Hijau - RM5.00. Sampai rumah Syah turun kat area kedai runcit sebab nak beli mineral water yang sudah kehabisan stock. Beli dua botol jer RM4.00. Tanya Aci tu kalau beli satu cartoon (12 botol) berapa dan katanya RM15.50. Jimat lagi beli satu cartoon jika beli satu-satu yang dicaj Rm2.00/botol. Syah kata kat dia nanti saya nak beli satu cartoon dan dia mengangguk.

Sampai rumah terus Syah Solat Asar dulu dan kemudiannya baru susun makanan atas meja. Bracoli tadi tu Syah rebus dahulu, kemudiannya masukkan dalam ketulan ais dan hidangkan. Saja coz dah lama tak makan sayur tu. Minum hari nie mineral water jer. Sekarang jam 18:45hrs dan sambil mentenet Syah menonton Warung Kita di Astro 105 - cerita pasal makanan ler apa lagi yope................Selamat berbuka puasa yer semua.

No comments: