Wednesday, August 10, 2011

Buka Puasa @ Syakila Conner, Bandar Rawang

10.08.2011, Rabu - Malam nie Syah di Rawang Residence. Sampai jam 18:00hrs dan shukur alhamdulillah dalam komuter tadi Syah dapat duduk dari KL Sentral sampai Rawang. Macam biasa tak tahu nak buka kat mana. Pusing satu pekan Rawang menanti waktu berbuka sampai ke pasar Ramadhan Rawang. Tak ada apa yang berkenan nak dibeli kat situ lalu Syah jalan semula menghala ke stesyen bas dan fikir hendak buka kedai mamak atau Papa Rich Kopitiam. saja lalu di Syakila Conner tempat yang biasa Syah beli Laksa tu. Hampir jam 19:05hrs nampak macam banyak tempat kosong lalu Syah buat decision buka puasa kat situ. Mula-mula ingat nak makan nasi goreng kampung tapi tukar ke nasi goreng biasa, telur dadar dan tomyam ayam manakala minum pula air suam jer. Syakila Conner nie betul-betul belakang pasaraya Giant atau dulunya dikenali sebagai Pasaraya Bintang. Kedainya takada papan tanda iklanpun cuma ditulis dalam kedai menggunakan card board jer.

Tempat makan nie taklah se glamour D'Anjung Seafood atau Suraya Seafood tetapi serious Tomyam nya adalah lebih sedap dan terbaek dari yang dua tu tadi. Actually minta tomyam ayam tapi yang dibaginya tomyam campur sebab ada udang dan sotong tetapi still sedapppppppp.......... Tengok orang sebelah makan nasi goreng kampung macam sedap jer ropanya. Makan malam nie hanya RM8.00 sahaja manakala sebelum tu Syah beli nenas RM2.00 di KTM Rawang. Kalau nak rasa sedap tak nya datanglah ke kedai nie yer dan rasailah sendiri makananya. Lepas makan rehat sambil menonton Tv dan bila jam hampir mencecah jam 20:00hrs Syah terus bayar dan beredar ke bas stand untuk balik ke Rawang Residence. Sampai je sudah masuk waktu Insyak lalu Syah solat Insyak dan qada Maghrib. Ok lah Syah nak mandi dulu yekk..........................

No comments: