Wednesday, August 3, 2011

Bercukur, Stokin Lain Sebelah dan Bubur Lambok

03.08.2011, Rabu - Hari nie memang busy dari awal pagi untuk sediakan elaun peserta SL1M atau Skim Latihan 1Malaysia dan minta dua orang practikel student Fadh tolong Syah sekali kerana hendak cepat dan bayaran akan dibuat pada 25.08.2011 nie. Tapi tengahari tadi bila disemak ada error sedikit kerana sala seorang daripada mereka terlupa melengkapkan Direct Ap Form seperti yang Syah brief mereka sebelum nie dan minta dia betulkan semula. Malam tadi Syah rimas tengok muka Syah yang penuh dengan jangut dan misai sebab dah seminggu tak cukur kerana asik terlupa beli blade. Malam tadi balik dari Ampang Puteri Syah singgah kedai runcit untuk beli blade dan buat operasi cukur mencukur kasi bersih semuanya Ahaksss............ yang lain-lain itew rahsia negara. Heheheheh .......... Baginilah wajah Syah tanpa gotee. Rasa licin tetapi ada yang kata Syah tak sesuai gini dan lebih elok bergotee macam biasa tu. Memang Syah jarang cukur habis macam nie tapi sekali sekala tu adalah. Gambar nie Syah ambil masa on the way ketempat kerja pagi nie.

Cakap pasal bercukur nie tadi selepas solat ada kawan Syah kata, Haaa nie dia pelakon VCD Terlampau tu sambil ketawa. Dia tunjukkan gambar cover VCD yang dia ambil melalui handphone. Tak silap Syah tajuknya macam bercukur, buang kuku mengikut cara Islam. Dan macam mana gambar Syah sedang bercukur dikedai mamak dijadikan cover VCD tu. Alamakkkkkkkk dan kepada sesiapa yang pernah terjumpa VCD tu sebenarnya Syah tak dibayar apa-apapun untuk cover tu yer? Tapi Syah tak kisahlah gambar Syah digunakan sebagai cover tu mungkin diambil dariBlog @ FB Syah. Hehehe lawak betul tukang buat VCD nie kerana mungkin kesuntukan masa nak cari gambar, google punya google tu jumpa gambar Syah. agaknya kot. Nantilah kalau ada masa Syah cari VCD itew.


Gambar kat atas tu orang nie pakai stoken lain-lain color.......... tapi orang nie kan ............... sebenarnya Syah sendiri... Hahahhaha tergelak Syah kerana nak cepat pagi nie sebab tumpang Muss. Muss cakap cepat sket dan dah start enjine kereta. Syah nampak ada stokin dan bilik Syah dah tutup lampu lalu Syah ambil jer. Bila nak pakai kat depan pintu nampak sebelah lain lalu Syah on jer sebab muss dah tunggu. Muss masuk kerja jam 07:30hrs masa bulan puasa nie sebab tu dia nak cepat dan Syah pula masuk jam 08:00hrs untuk bulan puasa nie. Tak kisah sangat pasal stokin nie kerana bukan orang tau pun dalam kasut tapi saja nak share ngan pembaca setia blog Syah. Pernah jadi tak kat anda macam nie?


Yang Depan Sekali tu Kawan Syah, Amran sedang mengambil bubur lambok selepas kami solat zohor.

Tengahari nie Syah ke Surau Menara TM awal sedikit approx jam 12:45hrs untuk mendengar taskirah dan solat Zohor berjemaah. Kalau keluar jam 13:00hrs macam semalam, mesti tak dapat masuk surau kerana penuh sesak dengan kakitangan TM. Bulan puasa nie surau penuh sampai keluar surau kami solat dan ada yang terpaksa menunggu 2nd trip untuk solat. Mana taknya bulan puasa bukan boleh lunch pun jadi ramai yang mengambil kesepatan untuk ke surau untuk mendengar taskirah dan solat berjemaah untuk mengumpul lebih pahala sempena Ramadhan nie.

Lepas solat kami mengambil bubur lambuk yang diberikan secara percuma oleh Surau Menara TM. Disebabkan stok adalah terhad kami dinasihatkan agar mengambilnya selang sehari maksudnya jika kita ambil hari ini untuk esok kita bagi peluang orang lain pula. Tapi Syah tengok ada juga yang ambil tiap-tiap hari termasuk lah Syah sendiri dan ada juga yang ambil sampai dua. Tapi Syah belum lagilah terbuka hati nak ambil dua. Rasanya peringatan tu untuk memastikan semua orang menikmati bubur lambuk berkenaan. Apa-apapun terima kasih Surau Menara TM dan buburnya memang Superb................... maklumlah diambil dari Kampung Baru yang terkenal dengan kesedapan bubur lambuknya tue.

No comments: