Friday, August 12, 2011

Raja Muda Perlis Tinjau Pulau Layang-Layang Selama Tiga Jam

12.08.2011, Jumaat - Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail kini berada di Tawau, Sabah untuk hari terakhir lawatan kerja baginda hari ini telah berkenan meninjau pulau Layang-Layang atau dahulunya dikenali sebagai Terumbu Layang-Layang. Sempena lawatan ini, Tuanku telah berkenan bertemu dengan anggota-anggota keselamatan yang sedang bertugas menjaga kedaulatan negara di kawasan Ops Pasir sektor selatan yang membabitkan pulau-pulau berhampiran Tawau. Baginda yang juga merupakan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah menghabiskan masa selama tiga jam dipulau berkenaan sebelum bertolak ke Kota Kinabalu.

Keberangkatan tiba baginda dan rombongan disambut oleh Laksamana Muda Datuk Anuwi Hassan. Beliau yang merupakan Panglima Wilayah Laut Dua telah menunjukkan kemahiran beliau menggunakan senjata api dan menembak tepat untuk menjatuhkan kesemua piring di lapang sasar Pulau Layang-Layang. Dalam lawatan ini Tuanku telah berbesar hati menyampikan sumbangan kuih raya kepada anggota-anggota yang bertugas. Semalam Tuanku telah meninjau empat bua pulau yang terbabit dalam kawasan Ops Pasir sekktor selatan iaitu Pulau Sipadan, Pulau Kapalai, Pulau mabul dan Pulau Menampilik.

No comments: