Monday, August 22, 2011

Perjalanan Ke Tempat Kerja

Syah dalam Komuter Pagi Nie. Malam Tadi Tiba-Tiba Rasa Nak Cukur Misai serta Gottee dan Tinggalkan Janggut Jer, macam orang-orang beriman jer......... Heheheheh


22.08.2011, Isnin - Hari nie Syah keluar rumah macam biasa lima minit sebelum jam 06:30hrs. Masa tunggu bas sempat sembang dengan kakak Indian jiran Azrin yang jual nasi lemak dan Syah tanya jual nasi lemak ke sekarang dan dia kata yer. Katanya syarikat tempat dia kerja tu dah nak tutup so dia jual nasi lemak jer, lagipun masa kerja dulupun dia jual nasi lemak bawa ke tempat kerja dia. Bau macam sedap jer dan kita tak boleh makan sebab dia yang buat kan....... Sampai KTM Rawang komuter baru sampai dan Syah berlari masuk stesyen dan since malam tadi peha Syah rasa sakit ototnya, nie mesti ada connection dengan lutu Syah, biasalah ......... adoi !!!!!!!!

Hari nie Syah dapat train yang seatnya dua-dua dan selesa lah rasanya dan Syah duduk tepi tingkap sebelah belakang sekali. Cuma bila orang ramai mereka letak tangan atas seat dekat kepala Syah dan rasa tak selesa. Biasalah, namapun naik public transport kan. Train mulanya berjalan lancar cuma bila sampai Segambut dia berhenti agak lama. Syah dengar ada annoucement dari pemandu minta penumpang tutupkan pintu bahagian belakang sekali. Lepas tu Syah nampak dia ke belakang buat inspection dan balik semula ke kepala komuter dan keluar balik bawa peraltan pertukangan. Tak tahu buat apa, betulkan pintu tu kot.

Adalah 5-10 minit berhenti baru jalan semula. Sampai LRT Kerinci Syah upload Touch & Go card guna mesin tu, RM10.00 jer sebab tak berani nak letak banyak-banyak takut nanti ada masalah susah wooooooo. Sampai office hampir jam 08:30hrs kira lambatlah tu sebab bulan puasa masuk kerja jam 08:00hrs. Manalah Syah nak sempat sampai coz dari Rawang Residence Syah naik bas tetapi kalau ada orang hantar mungkin cepatlah tapi nak buek cam mano.........................

No comments: