Monday, December 5, 2011

Tuanku Nur Zahirah Menerima Mengadap Ahli-Ahli PUSPANITA

05.12.2011, Isnin - Hari ini Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah berkenan menerima mengadap Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam atau PUSPANITA yang diketuai oleh Yang DiPertua PUSPANITA, Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussin. Majlis diadakan di Istana Terengganu, KualaLumpur. Puan Sri Wan Noorlina telah menyerahkan "Buku Citra Gemilang 25 Tahun PUSPANITA" sebagai cenderahati kepada Tuanku Nur Zahirah.

Nota : Info dari Bernama

No comments: