Saturday, December 24, 2011

Agong Solat Jumaat di Masjid Zahir

24.12.2011, Sabtu - Semalam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Al-Muta'simu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah menunaikan Solat Jumaat di Masjid Zahir, Alor Star Kedah. Ketibaan Tuanku Abdul Halim disambut dengan hamparan permaidani kuning serta para Jemaah yang ingin melihat Tuanku dari dekat setelah menjadi Ketua Negara. Turut mengiringi Tuanku adalah Yang di-Pertua Jemaah Pangkuan Sultan Kedah Tunku Bendahara Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

No comments: