Saturday, December 17, 2011

Mahkota Kerajaan Johor

17.12.2011, Sabtu - Photo diatas merupakan salah satu alat kebesaran Diraja Johor iaitu Mahkota Kerajaan. Mahkota ini digunakan untuk pertabalan Sultan Johor dan telah dibuat oleh seorang tukang emas di London bernama J W Benson. Mahkota ini didatangkan dengan hiasan empat bulan sabit dan bintang dengan kalimah Allah dan Muhammad dalam tulisan jawi bertatah berlian, delima dan zamrud.

Mahkota ini buat pertama kalinya digunakan semasa pertabalan Sultan Johor Pertama Era Moden Almarhum Sultan Abu Bakar (1862 -1895) pada 29.07.1886. Kemudiannya Mahkota ini telah digunakan untuk pertabalan Almarhum Sultan Ibrahim (1895-1959) pada 02.11.1895 dan Almarhum Sultan Ismail (1959 - 1981) pada 10.02.1960.

Kali terakhir Mahkota ini digunakan adalah semasa Istiadat Pertabalan Sultan Ismail. Kelihatan Dato' Mufti Kerajaan Negeri Johor meletakkan Mahkota Kerajaan di atas jemala (kepala) Almarhum Tuanku Ismail dalam istiadat kemuncak pertabalan baginda pada 10.02.1960.

Al-Fatihah Kepada Almarhum Sultan-Sultan Johor ....................... Semuga Roh Baginda Sultan-Sultan Johor Ditempatkan Bersama-Sama Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN.

1 comment:

Anonymous said...

ye ker...kenapa dah tak guna kan mahkota ni lagi skrg ?