Sunday, December 25, 2011

Suami Baginda Queen Elizabeth di Masukkan ke Hospital

25.12.2011, Ahad - Buckingham Palace dalam kenyataannya semalam memaklumkan bahawa Duke of Edinburgh yang merupakan suami kepada Baginda Queen Elizabeth II telah dikejarkan ke hospital akibat sakit dibahagian dada pada 23.12.2011 lepas. Duke of Edinburgh dan kerabat diraja lainnya berada di Sandringham untuk persiapan sambutan Hari Natal telah dikejarkan ke Papaworth Hospital di Cambridge lebih kurang jam 19:00hrs.

Hasil daripada pemeriksaan lanjut, Duke of Edinburgh mengidap Blocked Coronary Artery yang menyebabkan rasa kesakitan didada. Baginda Queen dilaporkan menziarahi suami baginda semalam 24.12.2011 jam 11:00hrs dan dilihat keluar semula 45 minit kemudian. Kelihatan berada sama sewaktu lawatan baginda Queen adalah Duke of York, Earl of Weesex dan the Princess Royal.

Manakala kenderaan rasmi Duke of Wales dan Duchess of Cornwall yang berada di Highgrove dilihat memasuki kawasan hospital jam 11:50hrs. Duke of Edinburgh akan ditahan di hospital untuk satu jangkamasa yang belum ditentukan lagi. Tiada kenyataan rasmi buat masa ini bilakah Duke of Edinburgh yang berusia 90 tahun itu dibenarkan pulang.

Sumber : News UK/Daily Record/The Telegraph

No comments: