14.12.2011, Rabu - Sekarang jam 15:00hrs dan jam 14:30hrs tadi baru Syah bangun tidur since 10:45hrs. Syah sampai Rawang Residence jam 10:30hrs. Bangun jer tadi Syah rasa lemah dn tak sihat macam nak demam. Belakang Syah sakit mungkin salah tidur di KL Residence semalam dan bawah lidah Syah macam nak kena ulcer. Sebab tu rasa tak sihat kot? Insyallah jika ok nanti Syah cari bahan untu update blog mengenai raja-raja. Baru jap tadi Syah basuh Ael yang dipark kat luar dan renovation depan rumah Syah tu Pak baha tak buat lagi rupanya. Syah nampak dia buat kerja kat belakang rumah Syah dan Syah tanya tak buat kat depan ker dan esok katanya. Isnin selasa pergi mana, Syah tanya dia katanya buat rumah belakang dan semalam uruskan pasport pekerjanya.
Pagi tadi dari KL Residence Muss hantar ke LRT Wangsa Maju sebab Syah hendak ke Masjid Jamek. Di Masjid Jamek Syah beli kuih muih dan meehon goreng campur begedil untuk breakfast. Syah naik bas ke Rawang dan sampai jer Pekan Rawang, Syah ke Majlis Perbandaran Rawang dan bayar Cukai Pintu untuk rumah Syah di Garing Utama dan Country Home yang sudah kena denda kerana bayar lewat. Semuanya kena RM936.00. Ini peringatan untuk anda supaya jangan jadi macam syah melewat-lewatkan bayaran sampai kena denda. Rumah di Garing Utama Syah kena bayar RM586.40 manakala Rumah di Country Homes RM349.60. Syah bayar hingga Jun 2012 sebab bil baru sudah keluar.
No comments:
Post a Comment