15.12.2011, Khamis - Tahukah anda siapakah gerangan individu dalam foto ini dan apa kaitannya dengan makam dibawah. Ini adalah Yang Teramat Mulia Tunku Sarina dan Suaminya Yang Mulia Tunku Abdul Karim bin Tunku Thaiuddin Haji. Tunku Sarina merupakan puteri kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Al-Muta'simu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong hanya mempunyai seorang anak perempuan tunggal iaitu Tunku Panglima Besar Kedah YTM Dato' Seri Diraja Tunku Puteri Intan Shafinaz hasil daripada perkongsian hidup baginda dengan Almarhumah Tuanku Hajah Bahiyah. Perkahwinan Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajjah Haminah tidak dikurniakan sebarang cahayamata.
Tuanku Abdul Halim berkahwin dengan Almarhumah Tuanku Hajah Bahiyah pada 09.03.1956. YTM Tunku Sarina dan YTM Dato' Seri Diraja Tunku Soraya merupakan anakanda saudara kepada Tuanku Abdul Halim dan telah diangkat sebagai Anakanda baginda pada 03.05.1960. YTM Tunku Sarina dan Tunku Soraya adalah pasangan kembar. Setelah enam tahun mengambil anakanda angkat baru Almarhumah Tuanku Hajah Bahiyah melahirkan YTM Tengku Puteri Intan Shafinaz pada 22.07.1966. Gambar dibawah adalah makam Almarhumah Tunku Sarina. YTM Tunku Sarina diputerikan pada 30.04.1960 dan mangkat dalam usia yang muda pada 31.08.1991 ketika berusia 39 tahun. YTM Tunku Sarina dikatakan mangkat dalam tidur dan telah dimakamkan di Makam Diraja Kedah, Langgar. Syah ambil gambar makam ini pada tahun 2006 sewaktu melawat makam berkenaan.
3 comments:
Al Fatihah
Al Fatihah
Nice info. Terima kasih
Post a Comment