21.12.2011, Rabu - Petang tadi Raja Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Muda Selangor Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah berkenan menghadiri Majlis Pelancaran Program Selangor Prihatin di Perlis. Sebagai simbolik pelancaran Program Selangor Prihatin Projek Asnaf Berekonomi di Chuping ini Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tengku Amir berkenan melekapkan bata pada salah sebuah rumah asnaf diprojek berkenaan. Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Besar Perlis Dato’ Seri Dr. Md Isa Sabu.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment