Saturday, December 24, 2011

Pengiran Muda Mahkota Lawat Mangsa Kemalangan Bas

24.12.2011, Sabtu, .Pada 22.12.2011 lepas, Timbalan Sultan Brunei Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah telah ke Hospital Raja Isteri Pengeran Anak Saleha (RIPAS) melawat warga Brunei yang terlibat dalam kemalangan bas di KM 8.9, Jalan Ranau-Tamparuli, Kampung Kaporingan, Tamparuli, Sabah. Kemalangan berlaku pada 20.12.2011 lepas dan telah mengorbankan seramai tujuh orang warga Brunei. Selepas kejadian, mangsa kemalangan telah ditempatkan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Sabah dan kemudiannya dibawa pulang ke Brunei dan ditempatkan di Hospital RIPAS.

Keberangkatan Pengiran Muda Mahkota ke Hospital RIPAS mengambarkan keperihatinan baginda terhadap rakyat Brunei yang sedang dalam kesusahan. Mangsa kemalangan dan keluarga mereka amat terharu dengan kunjungan Pengiran Muda Mahkota ini. Pengiran Muda Mahkota sempat bertanya khabar dan memberi kata semangat kepada semua mangsa-mangsa yang terlibat.

Seramai 32 orang terlibat dalam kemalangan ini dimana kesemuanya sudah dibawa balik ke Brunei dan ditempatkan di Hospital RIPAS dimana dua orang dimasukkan ke Surgical Intensiv Care Unit (SICU), 16 orang dimasukkan ke Wad 7 dan 3 orang dimasukan ke Wad 2 dan dua orang telah dibenarkan keluar. Manakala dua lagi mangsa terakhir, baru sahaja diterbangkan balik ke Brunei pada 22.12.2011 lepas. Tujuh mangsa yang meninggal dunia telah selamat dikebumikan.

Al-Fatihah kepada semua Mangsa yang telah kebali kerahmatullah semuga Roh Mereka di tempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.

Sumber : Infofoto / Borneo Bulletin

No comments: