Friday, December 2, 2011

Pengangkutan Awam

02.11.2011, Jumaat - Ada-ada jer kerenah Public Transport kat Malaysia nie. Bukan nak complain tetapi sekadar berkongsi masalah yang kami sebagai pengguna perkhidmatan awam selalu lalui. Bila menteri melawat macam biasa semuanya jalan lancar dan menteripun bangga dengan sistem yang ada sekarang. Pagi tadi macam biasa dalam komuter ada jer suara-suara sumbang yang memaki hamun orang supaya jangan masuk sebab coach dah penuh.

Menjerit-jerit macam orang gila marah kat orang dan memalukan kalau dilihat pelancung mengalahkan negara dunia ketiga lagi. Nak buat macam mana kalau kita ditempat merekapun (yang menjerit tu) mungkin kita buat perkara yang sama kerana dahlah tersepit ditolak lagi sebab masing-masing nak ketempat kerja. Penyelesaiannya senang jer jika KTM tambah coach untuk waktu-waktu puncak dari tiga kepada enam gerabak. Mungkin alasan kos tetapi tambang naik dari masa ke semasa dan perkhidmatan tetap sama malah makin merosot adalah. Syah pernah naik komuter enam coach awal pagi, mengapa tak dibanyakkan gerabak seperti ini di waktu peak hours?

Itu kes KTM dan LRT KL Sentral lain pula ceritanya. Dari jauh lagi Syah nampak orang berkumpul seperti tidak boleh masuk. Ada yang merungut dan membebel sorang-sorang kerana kesesakan yang menyebabkan mereka lambat masuk office. KL Sentral pada waktu puncak memang sibuk kerana disini tempat transit Komuter, ETS, LRT dan ERL yang digunakan untuk ke distanasi masing-masing. Percaya tak.... LRT KL Sentral boleh buka hanya dua lane masuk sahaja dan menyebabkan kesesakan untuk pengguna memasuki stesyen. Dalam banyak-banyak entrance dua jer dibukanya dan lihatlah orang ramai menunggu untuk masuk dan entrance gate tu pula ada masanya bermasalah. Ada satu lane dibuka tetapi untuk pengguna yang memakai pass. Kalau nak buat testingpun buatlah masa stesyen ditutup bukan waktu orang pergi kerja.

Tak tahulah apa masalahnya tetapi kami sebagai pengguna sudah tidak ada pilihan lain lagi. Hendak tak hendak ikutkan lah sahaja. Harap-harap pihak berkuasa dapat membantu rakyat dalam menangani masalah pengangkutan ini. Lagi sedih.......... tau tak anda semua, di Kampung Syah di Sabak Bernam, Selangor yang merupakan sebuah negeri terkaya di Malaysia Perkhidmatan Bas telah lama ditamatkan dan kepada yang tidak mempunyai kenderaan terpaksa menggunakan teksi sebagai alternatif. Kalau orang kampung yang berharta tak jadi masalah tetapi kalau fakir miskin macam mana? hendak bergerak terutamanya jika ada urusan di pejabat-pejabat kerajaan yang terletak di Sungai Besar, Selangor. Membebankan rakyat namanya tu. Tapi tak ada tindakan dari kerajaan negeri untuk membantu menangani masalah ini.

2 comments:

Rozita Ceritaita said...

pernah terkena dgn KTM ni... jadual menunjukkan ada train pukul 9.30 malam... siap ada bunyi amaran dan kelip2 jam dia menandakan keretapi nak datng... last2 terus keluar jadual train seterusnya... aik mana train tu..? terus tak muncul2..

tengkusyah said...

Yer betul tu, Selalu Mereka tak ikut Schedule tu jadi macam ikan sardin tu. Batal satu train jer akan beri kesan kerana penumpang semakin ramai.