29.12.2011, Khamis - Hari ini Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar mengangkat sumpah jawatan sebagai Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak yang berkuatkuasa mulai 27 Disember 2011 hingga 10 Februari 2012. Pemangkuan ini adalah kerana Tuan Yang Terutama Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin Abang Barieng mengambil cuti rehat.
Majlis menandatangani surat sumpah dan surat pengisytiharan diadakan di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri Sarawak telah disempurnakan di hadapan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang dengan disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Datuk Rhodzariah Bujang.
Sumber :-Bernama
No comments:
Post a Comment